Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) memberikan isyarat jelas bahawa sebahagian besar rakyat negara kini menolak UMNO.<br /><br />Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, PRU15 juga menunjukkan, berlaku tsunami politik dalam kalangan orang Melayu apabila sebahagian besar mereka bersuara menolak parti keramat itu.